KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KUALA LUMPUR

KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KUALA LUMPUR.
PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL KUALA LUMPUR (PMTKL) akan menganjurkan sesi pemilihan pemanah-pemanah untuk mewakili Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan (Oktober 2023).
Tarikh dan lokasi pertandingan adalah :
Tarikh : 23 Julai 2023 (Ahad)
Lokasi : TNB Sport Club Ground,Bangsar
Seramai 10 orang pemanah dari setiap kategori yang dipertandingkan akan dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan.
Kejohanan ini kepada warga Kuala Lumpur yang memenuhi SALAH SATU kriteria dibawah :
1. Alamat Kad Pengenalan di Kuala Lumpur ATAU
2. Kelab/Persatuan Memanah beralamat di Kuala Lumpur ATAU
3. Bekerja di Kuala Lumpur ATAU
4. Alamat tempat tinggal di Kuala Lumpur
5. Alamat Peserta dari, Kl, Putrajaya & Labuan
Mana-mana kriteria diatas sekiranya dipenuhi,maka anda layak untuk bertanding untuk permilihan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan.
KATEGORI PESERTA
1. DEWASA Lelaki (DL)
2. DEWASA Wanita (DW)
3. CILIK A (7-9 tahun)
4. CILIK B (10-12 tahun)
5. REMAJA A (13-15 tahun)
6. REMAJA B ( 16-18 tahun)
TARGET FACE : TAAM ATMA 80cm
FORMAT DEWASA LELAKI & DEWASA PEREMPUAN (120s untuk setiap end)
1. 30 meter x 6 arrow bebas x 5 end
2. 40 meter x 6 arrow bebas x 5 end
3. 50 meter x 6 arrow bebas x 5 end
CILIK A : 10 meter x 6 arrow x 6 end x 2 round (150 saat)
CILIK B : 15 meter x 6 arrow x 6 end x 2 round (150 saat)
REMAJA A : 20 meter x 6 arrow x 6 end x 2 round (150 saat)
REMAJA B : 25 meter x 6 arrow x 6 end x 2 round (150 saat)
SYARAT
– Sihat tubuh badan.
– Mempunyai peralatan sendiri & tidak dibenarkan berkongsi dengan pemanah lain.
– Busur Tradisional sahaja.
PAKAIAN
– DIGALAKKAN BERBUSANA & BERPAKAIAN KEBUDAYAAN
– Peserta digalakkan memakai busana yang sesuai dengan pergerakan masing-masing sepanjang acara diadakan.
– Peserta perlu berkasut. Selipar/sandal yang terbuka tidak dibenarkan.
MAKANAN
– Sarapan pagi, makanan tengahari dan minuman disediakan.
YURAN
– Bayaran RM50 seorang.
– Akaun BANK ISLAM 12113010067816 AKADEMI WANGSA
– Bukti pembayaran hantar ke Urusetia Pendaftaran : 010-3246125
– Pendaftaran akan disahkan apabila peserta sudah membuat bayaran yuran.
– Tiada pendaftaran secara ‘walk in’.
– Tarikh akhir pendaftaran dan bayaran yuran ialah 17 Julai 2023 (ISNIN)
PERINGATAN
– Hadiah kejohanan adalah dari pihak penaja.
– Wang yuran peserta tidak akan digunakan sebagai hadiah kejohanan.
– Penganjur tidak bertanggungjawab di atas segala kerosakan atau kehilangan busur, anak panah dan peralatan lain sepanjang kejohanan berlangsung.
– Semua pemanah perlu akur dengan adab dan syarat penyertai pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
– Senarai akhir pemanah mewakili Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Induk PMTKL.
Untuk pendaftaran,sila klik Google Form dibawah serta lengkapkan pembayaran. Info ada di Google Form.